| Beberapa teknologi baru telah diperkenalkan didalam pengeluaran ayam daging. Penggunaan teknologi-teknologi ini membantu menjimatkan penggunaan tenaga pekerja , meningkatkan output ladang dan kecekapan kawalan penyakit. - Perumahan tertutup dengan ventilasi terkawal akan menyediakan persekitaran yang lebih sejuk dan selesa kepada ayam-ayam yang dipelihara. Kos pelaburan adalah lebih tinggi kerana menyediakan kemudahan untuk penyejukan reban dan kawalan persekitaran serta kos elektrik.
- Namun begitu ayam memerlukan ruang lantai yang lebih kecil . Maka itu lebih banyak ayam boleh dipelihara. Selain itu perumahan tertutup juga membantu didalam kecekapan pengawalan penyakit terutama penyakit bawaan burng dan haiwan liar. Antara kaedah yang digunakan sekarang adalah seperti 'evaporative cooling system' dan 'tunnel ventilation'. Perumahan seperti ini memerlukan kemahiran untuk mengurus dan menyenggaranya.
- Penggunaan teknologi automasi juga telah diterapkan didalam didalam pemberian makanan, minuman, pemvaksinan dan beberapa operasi lagi.
- Teknologi baru yang diperkenalkan -
- Perumahan tertutup dengan ventilasi terkawal
- Penggunaan teknologi automasi
Peralatan Ladang | | Peralatan-peralatan pemeliharaan seperti bekas makanan, minuman dan raga ayam dihasilkan oleh kilang-kilang tempatan. Bagaimanapun teknologi moden peralatan diatas dan beberapa peralatan lain seperti alat pengeraman dan penetasan diimport. Ada beberapa syarikat tempatan yang menjadi pengedar kepada peralatan yang diimport. Peralatan hasilan tempatan - - bekas makanan
- bekas minuman
- raga ayam
Peralatan dari luar negeri - - alat pengeraman
- alat penetasan
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas ulasan ikhlas yang diberikan