PERINGKAT PERINDUKANDalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, anak puyuh dari umur 1 hingga 10 - 14 hari dipelihara dalam sistem kepungan menggunakan kadboard serta hoover ( alat pemanas ). Sebanyak 1000 ekor anak puyuh ditempatkan dalam satu kepongan. Luas kawasan semasa perindukan adalah 30 sentimeter persegi/ekor hingga umur 10 hari bilamana kepongan akan dibuka dan anak puyuh dibesarkan diseluruh bangsal. Gas hoover yang digunakan digantung ditengah kepongan setinggi 91 sentimeter. Pemberian haba perlu dikawal mengikut kepanasan semasa. Sekeliling bangsal ditutup dengan bidai bagi mengelakkan kemasukan udara sejuk dari luar tanpa kawalan. Bekas minuman 8 liter untuk 200 ekor anak puyuh ditempatkan di dalam bulatan selama masa perindukan.. Dulang makanan berukuran 30.5 x 30.5 x 2.52 sentimeter digunakan untuk 200 ekor anak puyuh semasa perindukan. Sampah sarap adalah dari jenis ketaman kayu setebal 8 sentimeter digunakan. Makanan dan minuman diberi tanpa had.
Didalam sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, anak puyuh diindukkan didalamnya selama 10 - 14 hari juga. Lantai kotak hendaklah dialas dengan kertas kuat atau jenis 'corrugated paper'. Ini adalah bagi mengelakkan anak puyuh jatuh ke tanah. Kotak kayu ditutup dengan plastik atau guni untuk menahan haba didalamnya. Pemberian haba adalah dari lampu pijar 100 watt yang digantung ditengah petak kotak tersebut. Setiap petak berukuran 1 meter persegi boleh memuatkan sehingga 80 ekor anak puyuh. Bangsal hendaklah ditutup semasa perindukan dengan 'polyethelene sheets'. Peralatan makanan dan minuman adalah seperti dinyatakan diatas.
PERINGKAT PEMBESARAN
Sistem Pemeliharaan 1
Didalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, kepongan akan dibuka selepas anak puyuh berumur 10-14 hari dimana anak puyuh akan berada sepenuhnya didalam satu bangsal sehingga dijual. Selepas perindukan bekas minuman otomatik digunakan untuk menampong 200 ekor puyuh setiap satu dan bekas makanan gantung digunakan untuk 100 ekor puyuh setiap satu. Makanan perlu diberikan sentiasa tanpa had untuk menentukan pembesaran yang cepat. Tentukan air yang bersih diberikan. Elakan dari gangguan luar semasa pembesaran puyuh ini. Masa tamat pemeliharaan adalah apabila umur puyuh mencapai 42 hari. Pada ketika ini berat badan hidup puyuh adalah purata 290 gram sekor. Sila lihat Lampiran 2 untuk piawaian puyuh pedaging IKTA. Puyuh akan ditangkap dan dihantar untuk diproses secepat mungkin. Perlu ditekankan disini bahawa kelewatan untuk menjual puyuh akan menyebabkan puyuh mencapai umur kematangan seksual ( mengeluarkan telur ) dan ini akan menjejaskan kualiti daging. Lazimnya umur kematangan seksual adalah 45 hari.
Sistem Pemeliharaan 2Bagi sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, selesai sahaja tempoh perindukan, plastik penutup atau guni hendaklah dibuka. Begitu juga dengan kepongan di bangsal. Kertas alas hendaklah dibuang dan puyuh dibesarkan diatasnya. Bekas minuman masih digunakan dan ditempatkan didalam kotak manakala palung makanan hendaklah digunakan untuk pemberian makanan. Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar kotak untuk kemudahan pemberian makanan. Satu petak boleh membesarkan sehingga 40 ekor puyuh pedaging. Kebanyakan penternak menggunakan kotak kayu bertingkat untuk tujuan pembesaran. Gambarajah 2 menunjukkan contoh kotak pembesaran. Puyuh akan dibesarkan didalam kotak ini sehingga di proses. Palung minuman dan makanan digantung diluar kotak. Bilangan puyuh yang boleh ditempatkan didalam satu petak atau tingkat bergantung kepada ukuran kotak. Lazimnya hendaklah diberikan keluasan lantai sebanyak 209 sentimeter persegi seekor.