Rabu, Jun 24, 2009

Ternakan Kambing


Bermula dari kelahiran sehingga bunting dan beranak kembali.

Pengurusan ternakan dibahagikan kepada
  • Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan)
  • Cerai susu hingga bunting
  • Pengurusan Kambing dewasa
  • Pengurusan kambing bunting hingga lahir
  • Pengurusan baka jantan
  • Pengurusan semasa penggemukan untuk dijual
  • Lahir hingga 3 bulan

Ternakan Burung Puyuh

PERINGKAT PERINDUKAN

Dalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, anak puyuh dari umur 1 hingga 10 - 14 hari dipelihara dalam sistem kepungan menggunakan kadboard serta hoover ( alat pemanas ). Sebanyak 1000 ekor anak puyuh ditempatkan dalam satu kepongan. Luas kawasan semasa perindukan adalah 30 sentimeter persegi/ekor hingga umur 10 hari bilamana kepongan akan dibuka dan anak puyuh dibesarkan diseluruh bangsal. Gas hoover yang digunakan digantung ditengah kepongan setinggi 91 sentimeter. Pemberian haba perlu dikawal mengikut kepanasan semasa. Sekeliling bangsal ditutup dengan bidai bagi mengelakkan kemasukan udara sejuk dari luar tanpa kawalan. Bekas minuman 8 liter untuk 200 ekor anak puyuh ditempatkan di dalam bulatan selama masa perindukan.. Dulang makanan berukuran 30.5 x 30.5 x 2.52 sentimeter digunakan untuk 200 ekor anak puyuh semasa perindukan. Sampah sarap adalah dari jenis ketaman kayu setebal 8 sentimeter digunakan. Makanan dan minuman diberi tanpa had.

Didalam sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, anak puyuh diindukkan didalamnya selama 10 - 14 hari juga. Lantai kotak hendaklah dialas dengan kertas kuat atau jenis 'corrugated paper'. Ini adalah bagi mengelakkan anak puyuh jatuh ke tanah. Kotak kayu ditutup dengan plastik atau guni untuk menahan haba didalamnya. Pemberian haba adalah dari lampu pijar 100 watt yang digantung ditengah petak kotak tersebut. Setiap petak berukuran 1 meter persegi boleh memuatkan sehingga 80 ekor anak puyuh. Bangsal hendaklah ditutup semasa perindukan dengan 'polyethelene sheets'. Peralatan makanan dan minuman adalah seperti dinyatakan diatas.

PERINGKAT PEMBESARAN

Sistem Pemeliharaan 1

Didalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, kepongan akan dibuka selepas anak puyuh berumur 10-14 hari dimana anak puyuh akan berada sepenuhnya didalam satu bangsal sehingga dijual. Selepas perindukan bekas minuman otomatik digunakan untuk menampong 200 ekor puyuh setiap satu dan bekas makanan gantung digunakan untuk 100 ekor puyuh setiap satu. Makanan perlu diberikan sentiasa tanpa had untuk menentukan pembesaran yang cepat. Tentukan air yang bersih diberikan. Elakan dari gangguan luar semasa pembesaran puyuh ini. Masa tamat pemeliharaan adalah apabila umur puyuh mencapai 42 hari. Pada ketika ini berat badan hidup puyuh adalah purata 290 gram sekor. Sila lihat Lampiran 2 untuk piawaian puyuh pedaging IKTA. Puyuh akan ditangkap dan dihantar untuk diproses secepat mungkin. Perlu ditekankan disini bahawa kelewatan untuk menjual puyuh akan menyebabkan puyuh mencapai umur kematangan seksual ( mengeluarkan telur ) dan ini akan menjejaskan kualiti daging. Lazimnya umur kematangan seksual adalah 45 hari.

Sistem Pemeliharaan 2

Bagi sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, selesai sahaja tempoh perindukan, plastik penutup atau guni hendaklah dibuka. Begitu juga dengan kepongan di bangsal. Kertas alas hendaklah dibuang dan puyuh dibesarkan diatasnya. Bekas minuman masih digunakan dan ditempatkan didalam kotak manakala palung makanan hendaklah digunakan untuk pemberian makanan. Palung makanan hendaklah digantung disebelah luar kotak untuk kemudahan pemberian makanan. Satu petak boleh membesarkan sehingga 40 ekor puyuh pedaging. Kebanyakan penternak menggunakan kotak kayu bertingkat untuk tujuan pembesaran. Gambarajah 2 menunjukkan contoh kotak pembesaran. Puyuh akan dibesarkan didalam kotak ini sehingga di proses. Palung minuman dan makanan digantung diluar kotak. Bilangan puyuh yang boleh ditempatkan didalam satu petak atau tingkat bergantung kepada ukuran kotak. Lazimnya hendaklah diberikan keluasan lantai sebanyak 209 sentimeter persegi seekor.


Ternakan AYAM


Teknologi

Beberapa teknologi baru telah diperkenalkan didalam pengeluaran ayam daging. Penggunaan teknologi-teknologi ini membantu menjimatkan penggunaan tenaga pekerja , meningkatkan output ladang dan kecekapan kawalan penyakit.

  • Perumahan tertutup dengan ventilasi terkawal akan menyediakan persekitaran yang lebih sejuk dan selesa kepada ayam-ayam yang dipelihara. Kos pelaburan adalah lebih tinggi kerana menyediakan kemudahan untuk penyejukan reban dan kawalan persekitaran serta kos elektrik.
  • Namun begitu ayam memerlukan ruang lantai yang lebih kecil . Maka itu lebih banyak ayam boleh dipelihara. Selain itu perumahan tertutup juga membantu didalam kecekapan pengawalan penyakit terutama penyakit bawaan burng dan haiwan liar. Antara kaedah yang digunakan sekarang adalah seperti 'evaporative cooling system' dan 'tunnel ventilation'. Perumahan seperti ini memerlukan kemahiran untuk mengurus dan menyenggaranya.
  • Penggunaan teknologi automasi juga telah diterapkan didalam didalam pemberian makanan, minuman, pemvaksinan dan beberapa operasi lagi.
  • Teknologi baru yang diperkenalkan -
    • Perumahan tertutup dengan ventilasi terkawal
    • Penggunaan teknologi automasi


Peralatan Ladang

Peralatan-peralatan pemeliharaan seperti bekas makanan, minuman dan raga ayam dihasilkan oleh kilang-kilang tempatan. Bagaimanapun teknologi moden peralatan diatas dan beberapa peralatan lain seperti alat pengeraman dan penetasan diimport. Ada beberapa syarikat tempatan yang menjadi pengedar kepada peralatan yang diimport.

Peralatan hasilan tempatan -

  • bekas makanan
  • bekas minuman
  • raga ayam
Peralatan dari luar negeri -
  • alat pengeraman
  • alat penetasan


Ahad, Jun 21, 2009

PENJAGAAN KESIHATAN dan PENGURUSAN MAKANAN TERNAKAN

RAWATAN MAKANAN – PEMBUATAN SILAJ – JERAMI / RUMPUT

LANGKAH 1:

RAWATAN MINUMAN

LANGKAH 2:
RAWATAN KESIHATAN TERNAKAN MELALUI MINUMAN

LANGKAH 3:
RAWATAN MAKANAN – PENJAGAAN RUMPUT NAPIER
( yang di tanam sendiri )


LANGKAH 4:
RAWATAN MAKANAN – PENJAGAAN RUMPUT NAPIER
( luar kawasan ternakan )



LANGKAH 5:
RAWATAN MAKANAN - PELET TERNAKAN